Dimana kita berdiri disitulah perlumbaan kehidupan kita dan lupakan masa silam. Itu pesanan ikhlas. Bangkitkan kemahuan untuk membina sejarah baru. Lupakan yang sudah-sudah, andainya yang sudah-sudah itu hanya akan menyebabkan kita bersedih.
Janganlah bersedih woiii~~!!. Sedih takda gunanya pun. Ada guna ka sedih? tak berguna lagi adalah, muka monyok, mata merah, badan kurus melidi..ada yang bila sedih dia akan makan banyak sampai jadi melebeh lemak-lemak dibadan..sah-sah memang takberguna punya orang sebab mendatangkan kemudaratan pada badan. Setakat nak sedih sikit-sikit tu ok lah, Itupun kalau tak boleh tak sedih langsung, ikut adatlah, ikut apa yang patut-patutlah.
Tapi kalau setahun sedih, ini kes melampau yang terlampau namanya. Elok molek orang hulur simpati, jadi benci nyampah pulak. Bila jumpa dia, dia duk bercerita pasal hati dia yang penuh gundah gulana semenjak berkurun lamanya. awat..?? ingat orang akan makin simpati ka? Benci bertambah benci lagi adalah!
Jadi, lani maih berpakat-pakat pesan pada diri masing-masing supaya jangan duk bersedih. Tak bersedih lebih baik daripada bersedih. Betul takkkk!!??? Orang yang tak bersedih, dia tidakmesti tidak boleh belajar bagus, boleh kerja dengan bagus dan boleh hidup dengan bagus. Sebaliknya, orang yang bersedih ja memanjang, kerjanya rosak, belajarnya pun jadi tak tak menentu dan kesihatan dia makin tak baik. Orang mudah bersedih mudah dapat penyakit. Ada fahammmm!!??
Dan penyakit pada yang kaki sedih memang lembat sembuh. Tak ka jenuh tuuu. Dahlah hatinya sedih, badan dia pulak sakit-makit, Dah tu lambat pulak nak sembuh. Bertambah deritalah sampai gelap gelita(mati ka..??Na'uzubillahi minzalik).
Itu namanya derita triple punya. Cukuplah sedih ala kadar-madar dan jangan sampai tak langsung. Maklumlah putus kasih. Kalau tak sedih, hati batu namanya. Maklumlah kematian orang yang amat disayangi. Kalau tak sedih, Hati keluli namanya. Kita sedih-sedih jugak tapi tak sepanjang masa bersedih, Sebaliknya kita keluar dan happy balik. (Paling afdhal banyak-banyak kan lah solat sunat mohon petunjuk dari yang MAHA ESA)
No comments:
Post a Comment